Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". H.R Muslim.
Ketika Ummat Muhammad di Negaraku sibuk dgn Demokrasi sehinggakan tiada lagi ruang bagi memperingatkan saudara Seummatku bahawa bencana2 yang berlaku semakin hari semakin dekat dengan Negaraku. Mereka dengan Keangkuhan Hatinya, Ketidakpuasannya, Ketamakkannya, Ketidakhirauannya, Kepurapuraannya, Kemunafikannya malah keterangan demi keterangan palsu dilemparkan seolah-olah mereka dilihat seperti PEKAK,BISU, dan BUTA, padahal mereka celik dengan ilmu, hebat dengan pemikirannya, malah tidaklah mereka buta pada PENGLIHATAN.

Apakah hal ini berlaku? Ini kerana mereka lupa pesan Nabi Sekalian Alam Yakni Nabi Muhammad SAW. Jika kamu berselisih pendapat tentang perihal ini dan ini, maka Jadikan Al-Quran Dan Hadis sebagai PANDUAN HIDUP! Berpegang teguhlah dengan TALI ALLAH, nescaya kamu selamat dunia akhirat. Semoga kita dipertemukan dengan Nabi Muhammad SAW. Harapanku juga ingin bertemu sebenar benar Nabi Isa as Dan Muhammad Bin Abdullah. Duduk disamping mereka hatta berjuang bersama mereka, walau ku tahu jauhnya diriku yang berada di Pulau ini dari tanah Damaskus. Namun tidak ku putus asa dalam doa. Amin.

Lihat Gambar tersebut



Beriman Kepada Hari Akhirat (يوم القيامة)


 Gambaran Hari Kiamat, Dimana Manusia Mahu Lari!
- Umat Islam yakin adanya kehidupan selepas Alam Dunia (العالم). Di Alam Dunia (العالم) mereka akan mati manakala di Alam Akhirat ( الآخرة‎) mereka kekal abadi.  Sesungguhnya, Alam akhirat ( الآخرة‎) adalah kehidupan yang sebenar-benarnya bagi seluruh makhluk. Alam Dunia  (العالم) hanyalah EXAM untuk para manusia.

- Pada hari itu, Allah SWT membangkitkan manusia dan mengumpulkan mereka di Padang Mahsyar(محشر). Allah SWT akan membuat perhintungan dan penghakiman  ke atas mereka. Insan yang melakukan banyak kebaikan akan dibalas dengan kenikmatan di Syurga yang Kekal Abadi. Bagi mereka yang melakukan Fasad yakni kejahatan, mereka akan diseksa di Neraka Sekeras-kerasnya.

 - Sebelum kehidupan Alam Dunia hancur, Alam Dunia akan mengalami Fasa terakhir iaitu Kiamat. Terdapat beberapa tanda-tanda besar iaitu Kemunculan Al-Masih Ad-Dajjal (المسيح الدجّال), Turunnya Nabi Isa (عيسى) as di Langit, Keluarnya Yakjuj-Makjuj ( يأجوج و مأجوج‎), Keluarnya Dabbatul Ard (دابة الأرض), Matahari terbit dari Barat, Dan diikuti tanda-tanda lainnya.

 Gambaran Dajjal Dan Keluarnya Yakjuj Makjuj
- Maka selepas fasa ini, Malaikat Israfil meniup Sangkakala, semua makhluk mati dan manusia dibangkitkan dan berdiri di hadapan Allah SWT, Raja Sekalian Alam. Seterusnya, kitab-kitab Amalan beterbangan. Ada manusia mengambilnya dengan tangan kanan, ada yang guna tangan kiri, masing-masing mengikut amalan mereka. Setiap manusia berdebar-debar, kerana apakah mereka dapat Syurga Jutaan kali Nikmat Dari Bumi, Ataupun Di Neraka bertemankan Syaitan, (Nauzubillah).

- Sesiapa diumum masuk Syurga, maka bergembiralah dia kerana amalannya diterima. Sangat happy dan hatinya pun sangat gembira kerana di Syurga tiada lagi kejahatan bahkan lebih Berjuta kali lebih moden dan nikmat dari bumi. Hidup disana tiada tua tiada muda, tiada letih tiada sakit hati tiada derita dan sengsara. 

- Sesiapa diumum masuk Neraka, maka sedihlah dia sesedihnya. Tidak dapat berbuat apa. Nak mati, sudah mati. Bahkan diseksa di neraka, berjuta kali mati . Lepas itu dihidup semula, mati hidup semula. Sesungguhnya, mati itu amat sakit. Hidup di neraka, diseksa, malaikat yang amat menakutkan (berjuta matanya,lidahnya banyak, tangannya banyak dll. ) Satu hari diakhirat bersamaan 500,000 tahun di Dunia. Bayangkan diseksa selama 1 Juta tahun di akhirat. Nauzubillahi min zalik.



Gambaran : Dunia tempat tinggal manusia sudah tua dan rapuh.
- Beriman kepada HARI AKHIRAT (آخر يوم )merupakan salah satu 6 Rukun Iman yang wajib diketahui. Namun, kebanyakkan manusia khususnya di akhir zaman ini seolah-olah tidak menghiraukan rukun iman ini. Ini disebabkan,  Rukun iman ini seolah-olah menghalang mereka daripada bersenang-senang di dunia dan mengumpul harta dunia yang bersifat sementara sahaja.

- Mereka yang telah lalai ini, seharusnya diberi peringatan sepertimana Para Nabi Dan Rasul yang telah memberi peringatan kepada Bangsa MANUSIA (بشري ) agar tidak terjebak ke lembah kejahatan yang didalangi oleh Syaitan, Jin, Dan Manusia. Mereka harus dididik dengan Ilmu Akhir Zaman agar mereka SEDAR Dan Bangkit untuk menjadi Manusia Terbaik untuk menerus kehidupan yang kekal abadi di Akhirat.

 - Manusia seharusnya tahu bagaimana menjadi KHALIFAH (خليفة )di muka bumi ini. Setiap zaman, manusia telah membina empayar2 yang maju serba moden. Bahkan, dunia hari ini masih ketinggalan daripada zaman tamadun manusia terdahulu. Masyarakat Mesir Purba sudah pandai membina Lampu Tanpa Wayar (Wireless), sedangkan manusia zaman sekarang baru pandai membina Jaringan Internet namun masih menggunakan Teknik wayar dalam penggunaan Lampu.
Gambar : Lampu Dendera bukti kehebatan umat terdahulu
- Dari Zaman Nabi Adam as Sehingga Nabi Isa as, manusia telah hidup dengan kemodenan. Namun, oleh kerana mereka lupa akan Melaksanakan Perintah Allah(الله) SWT dan Rasulnya, Dan Tidak Memperingatkan sesama manusia, mereka telah lenyap begitu sahaja. Akhirnya tinggallah bangunan gah, yang pada masa ABAD ke 21 mengatakan Senibina itu warisan Alien. Begitu dangkal pemikiran manusia kerana mereka mahu menidakkan kejahatan yang telah dilakukan oleh Bangsa MANUSIA (بشري ).

- Oleh yang demikian, sedikit sebanyak harap blog ini dapat membantu para manusia dalam memperingati akan kejadian akhir zaman yang dimana kita tinggal didalamnya. Maka bersedialah Bangsa MANUSIA (بشري )!

Nabi Muhammad SAW( نبي محمد صلى الله عليه وسلم )bersabda :
Daripada An-Nu’man bin Basyir, berkata;
Suatu hari kami duduk di dalam masjid Rasulullah SAW. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap, lalu datang Abu Tsa’labah dan berkata,
Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah SAW tentang kepimpinan (al-umara’)?
Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah baginda SAW. Lantas Abu tsa’labah al Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.
Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.
Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.
Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian…”
(HR Ahmad, Abu Daud, & At Tarmidzi)
Persoalannya,
Pada masa bilakah Dajjal Dan Ketua Syaitan mahu menjebak manusia seramai - ramainya agar menjadi pengikut mereka. Sudah tentulah zaman itu ialah Zaman Malikun Jabriyyah. Selepas zaman ini, Al-Masih Ad - Dajjal akan mati dibunuh oleh Nabi Isa as.