Beriman Kepada Hari Akhirat (يوم القيامة)


 Gambaran Hari Kiamat, Dimana Manusia Mahu Lari!
- Umat Islam yakin adanya kehidupan selepas Alam Dunia (العالم). Di Alam Dunia (العالم) mereka akan mati manakala di Alam Akhirat ( الآخرة‎) mereka kekal abadi.  Sesungguhnya, Alam akhirat ( الآخرة‎) adalah kehidupan yang sebenar-benarnya bagi seluruh makhluk. Alam Dunia  (العالم) hanyalah EXAM untuk para manusia.

- Pada hari itu, Allah SWT membangkitkan manusia dan mengumpulkan mereka di Padang Mahsyar(محشر). Allah SWT akan membuat perhintungan dan penghakiman  ke atas mereka. Insan yang melakukan banyak kebaikan akan dibalas dengan kenikmatan di Syurga yang Kekal Abadi. Bagi mereka yang melakukan Fasad yakni kejahatan, mereka akan diseksa di Neraka Sekeras-kerasnya.

 - Sebelum kehidupan Alam Dunia hancur, Alam Dunia akan mengalami Fasa terakhir iaitu Kiamat. Terdapat beberapa tanda-tanda besar iaitu Kemunculan Al-Masih Ad-Dajjal (المسيح الدجّال), Turunnya Nabi Isa (عيسى) as di Langit, Keluarnya Yakjuj-Makjuj ( يأجوج و مأجوج‎), Keluarnya Dabbatul Ard (دابة الأرض), Matahari terbit dari Barat, Dan diikuti tanda-tanda lainnya.

 Gambaran Dajjal Dan Keluarnya Yakjuj Makjuj
- Maka selepas fasa ini, Malaikat Israfil meniup Sangkakala, semua makhluk mati dan manusia dibangkitkan dan berdiri di hadapan Allah SWT, Raja Sekalian Alam. Seterusnya, kitab-kitab Amalan beterbangan. Ada manusia mengambilnya dengan tangan kanan, ada yang guna tangan kiri, masing-masing mengikut amalan mereka. Setiap manusia berdebar-debar, kerana apakah mereka dapat Syurga Jutaan kali Nikmat Dari Bumi, Ataupun Di Neraka bertemankan Syaitan, (Nauzubillah).

- Sesiapa diumum masuk Syurga, maka bergembiralah dia kerana amalannya diterima. Sangat happy dan hatinya pun sangat gembira kerana di Syurga tiada lagi kejahatan bahkan lebih Berjuta kali lebih moden dan nikmat dari bumi. Hidup disana tiada tua tiada muda, tiada letih tiada sakit hati tiada derita dan sengsara. 

- Sesiapa diumum masuk Neraka, maka sedihlah dia sesedihnya. Tidak dapat berbuat apa. Nak mati, sudah mati. Bahkan diseksa di neraka, berjuta kali mati . Lepas itu dihidup semula, mati hidup semula. Sesungguhnya, mati itu amat sakit. Hidup di neraka, diseksa, malaikat yang amat menakutkan (berjuta matanya,lidahnya banyak, tangannya banyak dll. ) Satu hari diakhirat bersamaan 500,000 tahun di Dunia. Bayangkan diseksa selama 1 Juta tahun di akhirat. Nauzubillahi min zalik.