Gambaran : Dunia tempat tinggal manusia sudah tua dan rapuh.
- Beriman kepada HARI AKHIRAT (آخر يوم )merupakan salah satu 6 Rukun Iman yang wajib diketahui. Namun, kebanyakkan manusia khususnya di akhir zaman ini seolah-olah tidak menghiraukan rukun iman ini. Ini disebabkan,  Rukun iman ini seolah-olah menghalang mereka daripada bersenang-senang di dunia dan mengumpul harta dunia yang bersifat sementara sahaja.

- Mereka yang telah lalai ini, seharusnya diberi peringatan sepertimana Para Nabi Dan Rasul yang telah memberi peringatan kepada Bangsa MANUSIA (بشري ) agar tidak terjebak ke lembah kejahatan yang didalangi oleh Syaitan, Jin, Dan Manusia. Mereka harus dididik dengan Ilmu Akhir Zaman agar mereka SEDAR Dan Bangkit untuk menjadi Manusia Terbaik untuk menerus kehidupan yang kekal abadi di Akhirat.

 - Manusia seharusnya tahu bagaimana menjadi KHALIFAH (خليفة )di muka bumi ini. Setiap zaman, manusia telah membina empayar2 yang maju serba moden. Bahkan, dunia hari ini masih ketinggalan daripada zaman tamadun manusia terdahulu. Masyarakat Mesir Purba sudah pandai membina Lampu Tanpa Wayar (Wireless), sedangkan manusia zaman sekarang baru pandai membina Jaringan Internet namun masih menggunakan Teknik wayar dalam penggunaan Lampu.
Gambar : Lampu Dendera bukti kehebatan umat terdahulu
- Dari Zaman Nabi Adam as Sehingga Nabi Isa as, manusia telah hidup dengan kemodenan. Namun, oleh kerana mereka lupa akan Melaksanakan Perintah Allah(الله) SWT dan Rasulnya, Dan Tidak Memperingatkan sesama manusia, mereka telah lenyap begitu sahaja. Akhirnya tinggallah bangunan gah, yang pada masa ABAD ke 21 mengatakan Senibina itu warisan Alien. Begitu dangkal pemikiran manusia kerana mereka mahu menidakkan kejahatan yang telah dilakukan oleh Bangsa MANUSIA (بشري ).

- Oleh yang demikian, sedikit sebanyak harap blog ini dapat membantu para manusia dalam memperingati akan kejadian akhir zaman yang dimana kita tinggal didalamnya. Maka bersedialah Bangsa MANUSIA (بشري )!

Nabi Muhammad SAW( نبي محمد صلى الله عليه وسلم )bersabda :
Daripada An-Nu’man bin Basyir, berkata;
Suatu hari kami duduk di dalam masjid Rasulullah SAW. Basyir bin Saad adalah seorang yang tidak banyak bercakap, lalu datang Abu Tsa’labah dan berkata,
Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah SAW tentang kepimpinan (al-umara’)?
Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah baginda SAW. Lantas Abu tsa’labah al Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika DIA mahu mengangkatnya.
Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas manhaj kenabian selama mana ia dikehendaki ALlah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian akan datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aidhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.
Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah SWT, kemudian DIA mengangkatnya ketika mana DIA mahu mengangkatnya.
Kemudian akan hadir pula zaman khilafah di atas manhaj kenabian…”
(HR Ahmad, Abu Daud, & At Tarmidzi)
Persoalannya,
Pada masa bilakah Dajjal Dan Ketua Syaitan mahu menjebak manusia seramai - ramainya agar menjadi pengikut mereka. Sudah tentulah zaman itu ialah Zaman Malikun Jabriyyah. Selepas zaman ini, Al-Masih Ad - Dajjal akan mati dibunuh oleh Nabi Isa as.